You follow me I follow u back

tabung

Monday, August 22, 2016

Story of me Part 2

sueomey's blog | 5:22 PM | 0Comments |

Waktu tu hanya allah jelah yang tahu betapa sedihnya hati aku tgk keadaan abah yg xpernah pakai oksigen, terkapai kapai tgn minta bkk kn topeng tu..aku berpaling ke arah lain dan seka air mata aku yg jatuh semakin laju.. Aku tarik nafas sedalam dalamnya berharap airmata berhenti utk melihat semula keadaan abah.. Semakin aku lihat semakin sayu hati aku.. Kalaulah aku blh tlg abah waktu tu.. selepas doktor ambil semua keterangan dr aku giliran klong dtg kepada doktor untk beri penjelasan lain.. 2 jam kami di luar.. Acik dan suami bawa aku mkn pg tu, oleh sbb perut ni kosong dr mlm tu aku terus pergi..xlupa utk bwk ma makan tp xnk katanya.mngkin lebih risaukan keadaan suaminya yg sakit di dalam..aku y masih xmerasa apa2 y buruk berlaku ttp sprti biasa.. Selesai mkn aku dtg semula..kami tggu sehingga la azan zohor..aku bawa ma pergi solat zohor di surau dekat dgn jabatan kecemasan..selesai solat dtg semula ke wad dan aku tgk klong masih bercakap2 dgn doktor..20 min kemudian doktor keluar lagi.dan kali ni semua adik beradik dipanggil.. Hati berdebar jantung berdegup laju tiba2..doktor beritahu bahawa oksigen sahaja xdpt membantu, doktor minta keizinan kami adik beradik untuk memasukkan sejenis cecair(ubat cair darah) y mengandungi dna khinzir..dr segi islamiknya diharuskan kata doktor kerana darurat dan juga salah satu ikthiar yg mngkn boleh selamatkan abah..selesai memberi penerangan klong setuju utk meneruskan prosedur tu.stegah jam kemudian doktor pnggl lagi katanya ubt tu tiada kesan bg abah dan denyutan jantung abah semakin lemah.. Doktor minta keizinan lagi untuk menekan dada dgn harapan jangtung blh berdegup normal..sekali..kali kedua..dan kalo terakhir doktor keluar untuk minta keizinan menekan utk kali terakhir dan memberitahu risiko pada bahagian tulang rusuk abah kemungkinan akan mengalami kerosakan.. Kami tiada pilihan melainkan setuju dgn doktor.. 20 min berlalu doktor perlahan keluar dari bilik kecemasan kritikal mengatakan abah xdapat diselamatkan.. Aku tercengang tak percaya dgn apa yang aku dengar..y psti air mata xpernah berhenti mengalir.. Ya allah berakhirnya penderitaan abah selama ini.. Sedih, kecewa, terkilan semua aku rasa waktu itu.. Selepas waktu isyak berakhir semua aktiviti "menyimpan" abah..

18 oktober 2016 ini genaplah setahun pemergian arwah..Sehingga hari ini hati aku masih teringatkan abah..sedih mengenangkan sikap aku pada abah.. Hargailah ayah kamu selagi mereka masih bernyawa..jagalah mereka..jangan sakiti hati mereka..

"Ya allah kau tempatkanlah arwah abahku saleh bin wok dikalangan org2 yg beriman dan tempatkn lah syurga baginya.." Abah sentiasa dalam ingatan orang..doa ikhlas dari anakmu..

Story if me

sueomey's blog | 4:34 PM | 1Comments |

Assalamualaikum..waahhh lama betul x berbloger ni..fuh ! Fuh ! Berhabuk sakan ni miss dairy..sory miss dairy sayang..kakak xsempat nk update awak..

Hmm bnyk sebenarnya nk cerita kat miss dairy..ok kita mulakan dgn raya tahun lepas..

Kisahnya bermula bila abah jatuh sakit.masih ingat appointment bermula 13 febuary 2015..appointment di pusat kardiovaskular htaa kuantan pahang..selepas appointment appoiment lagi sehinggalah appointment terakhir pada 13 oktober 2015..doktor xdek ckp ape2 pon berkenaan sakit abah so ktorg pn fikir bnde tu sgt serius..sbb semua family maklum abah ni mmg ada penyakit misteri dr tahun 1999 lgi n xpnh tahu apa penyakitnya..lepas balik dr appointment abah mengadu perut dye makin sakit lpstu susah nk bernafas..kalau nk tahu mmg ni dye alami selama setahun lebih dan ktorg dh lali dgn tu..so apa yg kami buat hnya picit perut dye sapu minyak angin dan picit bdn2 nya kotla bnyk angin. Then after 4 days 17 oktober 2015.. Mlm tu dye rasa sakit berterusan bahagian perut. Ktorg hbs iktiar nk bg hilang sakitnya tapi ttp berterusan dan berlarutan smpi ke pagi.. So abg ipar bt keputusan untk bwk abah ke hospital utk rawatan lanjut.. Waktu tu aku xthu kenapa aku rasa berat hati.. Sampai kena marah dgn acik sbb aku mls nk pegi hospital.. Yang aku rasa waktu tu aku kesian kt abah..aku xnk abah tggu lama kt htaa tu..sbb aku tahu lama sgt nk tggu masuk jmpe doktor..walau ape pon aku ttp pergi..mcm y aku jngka mmg lmbt nk jmpe doktor.sampi turn abah aku tolak wheelchair yg dye duduk masuk ke bilik rawatan pertama..medical assistan mle check tekanan darah abah n katanya sgt2 rendah..denyutan jntung pon sgt lemah..kemudian terus dia bawa ke bilik kecemasan kritikal..berselang seli dgn klong masuk ke bilik tu utk bg kenyataan pada doktor..waktu aku masuk ke bilik tu ternampak nurse kt situ sibuk memasang topeng oksigen......

To be continued... Insya allah..

'uncle' nuffnang