tabung

Friday, November 23, 2012

BYE-BYE.. :'(

sueomey's blog | 10:44 AM | 0Comments |
Dah lame xmenjenguk blog omey ni..rindu pulak nk menulis kat sini..hehe..
acctually xdek pape nk di update kn kat sini..tapi hari ni ade smthing yg nk diupdatekn..hihi..

Mulai minggu depan aku dah last kerja kat SIMPLIPRINT SDN BHD..sedih nk kne tinggalkn bilik aku yg comell ni...sayu pulak terasa,,sedar xsedar dah setahun aku gunakn bilik ni..macam2 benda dah aku bt kt bilik ni..lepas ni dah xboleh dah nk masuk bilik ni..dah xdek dah ofis untuk aku..


akanku ingt setiap sudut ofis ni walaupun saiznye agk comell,,sayang sgt bilik ni...



Walaubagaimanapun bilik ini akan ditutup bt selamanya untuk aku,dan mungkin akan dihuni oleh staff yg lain..hukhukhuk..sedihnyee....
MY LITTLE CUTE TWEETY      



KERUSI YANG AKAN KU RINDU


















Bye Bye my Cute office..

Thursday, August 16, 2012

Pokok Palas

sueomey's blog | 9:16 AM | 0Comments |
Assalamualaikum,,
Selamat berpuasa lah semua ye, hari ni dah masuk 27 ramadhan, ade lebih kurang 2 3 hari lagi nk raya nie..alhamdulillah syukur dgn rahmatmu ya allah,kau beri kesempatan umatmu ini menjalani ibadah puasa dengan keadaan baik..
Okay hari ni nk cerita pasal pokok, iaitu pokok palas...sape tahu rupa pokok palas ni??mcm ramai yg x tahu je..pg td dah terang2 k.long ngan abg ipar aku ni tnye mcm mne rupa pokok ni...jap eaa...

TAADAAAAAA!!!!!haa ni lah pokok palas,pokok ni bnyak dikawasan hutan,baru2 ni ade ikut abah p amik daun palas ni kat hutan..memang agak mencabar sket nk ambik daun palas ni,dah la daun yg kte nk tu ade 1 je pada setiap pokok,pokoknye berduri pulak tu..kalau xkne skill yg btol silap2 tercucuk duri pokok tu..ape2 pon seronok sgt dpt tlg abah ambik daun ni kat hutan..mse tu pulak hujan,sepatutnya jalan xdek la licin dan becak,tp memandangkan hari tu hujan memang licin la,sampai tergolek2 aku ngan abah jatuh hahahahaha...lawak pulak klau teringat smula..keluar je dr hutan tu memang xyah ckp ape arh,mandi selut la jwbnye..
Haa ni lah daun palas yg org ambil tuk bt ketupat..ni bru sket taw, sbnrnye dah melambak dah dpt ambik mse tu..next time aku upload pic ketupat palas yg maa buat okay..so see u next time..
Assalamualaikum... ^^,

Wednesday, August 8, 2012

sueomey's blog | 9:43 AM | 0Comments |
4 JANUARI 2012,,merupakan antara hari2 yg plg gembira di dalam bulan puasa tahun ni,,berkumpul dan berbuka bersama kawan2 yg tersayang..
walaupun cume 6 org,sudah cukup buat aku lepaskn rindu bersama mereka ni..mcm2 benda yg diceritakan sepanjang kami bersama,,maklumlah dah lame xjumpa,,cerita2 lama diungkit kembali,,mcm2 kisah lucu yg diceritakan,,,asyik ketawa je,,,xkering gusi dibuatnye..sungguh aku rindu saat mcm ni...
mesti lagi sgt2 kecoh kalau kesemua geng kte berkumpul kan korang???
ntah ble lagi dapat berkumpul mcm ni..
Aku harap persahabatan kita ni akan kekal smpai ble2...aku syg sgt kat korang smua..
Insyallah jika dipanjangkn umur,kte berkumpul sme2 lagi ye..lagi ramai lagi seronok..

Wednesday, August 1, 2012

Kasih Ani

sueomey's blog | 12:41 PM | 1Comments |


Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk
... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.

Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.

Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.

Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.

Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.

Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......

Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .

"Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.

"Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.

"Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.

"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.

?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.

Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.

Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.

"Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.

Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.

Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.

Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...

Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."

Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.?

?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.

Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...

"Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.

"SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....

Assalamualaikum.

Abang...

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...

Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..

Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?

Abang...

Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.

Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....

Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...

Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.

Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.

Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...

Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.

Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.

Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.

Doakanlah Kesejahteraan Ani.

Ikhlas dari isterimu yang malang,

Rohani

Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal.......

"Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.

Ya Allah...

Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?

Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.

Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.

Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.

Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ...

Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa...

Ya Allah?.

Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah....

Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya.....
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......




Cerita Semalam

sueomey's blog | 8:59 AM | 0Comments |
Assalamualaikum...

Dah lame xupdate blog aku ni..haha,,btw selamat berpuasa smua ye..
Semalam kuar berbuka dengan my sayang,,huhu seronok sgt..kami bkk ramai2 kat padang mpk depan masjid kuantan tu..Ramai betol org berbuka kat sane semalam,,dengar kate tiap2 hari mmg penuh pdg tu sepanjang bulan pose ni...maklumlah dekat dgn bazar ramadhan,,dah bli2 trus cri tempat kat pdg tu,,mcm2 orang jmpe kat sne..

Dah siap berbuka p usha2 bju raya,,,mak oiii mahal gler bju raya skrg ye,,majoriti 200 lebih ke ats..hurm xtaw la nk bli ke x bju raya tahun ni,,kain pasang dah bli tp dah terlambat kalau nk jahit pon..Hurm pening kpale pikirkan bju raya ni..tp hari ni nk kuar dgn family pulak,,nk jalan2 bli bju raya la..kali ni nk pegi tgk kat terminal pulak,,my sis kate bju kat situ cntk2 dan blh tahan harganya..mintak2 la ade yg berkenan di hati..

Ni nk cter sket la,,smlm mimpi bertunang dengan my sayang,,hurm ape mkne tu???mngkin rindu sgt kat dye kot smpai termimpi2 lagi,,nk jumpa selalu mmg susah sgt,,alhmdulillah smlm dpt jgk jmpe dye walaupon x lme..harap2 berjodoh la kami ni..AMINN<<<< .....

Tuesday, July 24, 2012

waktu dulu~dulu

sueomey's blog | 12:24 PM | 0Comments |
Ni gambar mase kecik2 dlu,kat umah tok ngan toki kat kemaman,,ni rumah lame ni,sekarang dah pindah cz tapak rumah tu katenye nk bangunkan sebuah hospital,tp smpai skrg xnmpk ape2 pon kat c 2,semak-samun ade lah..

Ingat lagi dulu,waktu kecik2,duk umah to'ki berpuasa kat sne,maklumlah dlu mse bulan pose skolah cuti,so duk kat kampung la sampai hari raya..seminggu berpuasa klau xslap,da xtahan dah,smpai je tengahari badan dah semacam so ape lgi,pegi bilik air minum air paip 2 3 teguk,nk minum air peti kat dapur takut kantoi ngan tok'i n tok,...

pastu ble smpai mse nk bkk pose bt2 la letih..kononye pose lah tu..pdhalnye da kembung perut minum air paip..kalau kate xpose xleh makan ngan org pose,so bt2 la kte ni pose jugak...hurm.,mcm2 la prangai dlu2...

sekarang da xboleh okey,,,dah besar pon,malu la kalau buat mcm tu lg..huhuhu ^^,


Raya~Raya~Raya

sueomey's blog | 12:18 PM | 0Comments |
assalamualaikum....
alhamdulillah hri ni dah masuk 4 ramadhan,,syukur sgt masih dapat bernafas dan menjalani ibadah puasa di bulan mulia ni..

Tetiba pulak terfikir raya tahun nie...ecececeh,,bru 4 hri pose dah pkir nk raye,,wah3 banyk cantik ye...hehehe..
Hurm,,kalau ikutkan hati mcm2 benda nk buat,,nk serba-serbi..mcm dulu2,,baju raya,kasut raya,kue raya,duit raya...........opsss!! mmg xdpt la duit raye kan...al maklumlah dah kje,,kalau dulu dpat duit raye tahun ni alamatnye bgi duit raya lah..hurm nasib2..tp xpe,,ikhlas dari hati insyallah ade ganjaranye..amin...

Masih terfikir,,warna tema baju raya aku tahun ni warna ape ye????kne ade perancangan ni,klau x dah smpai kat kedai mle nk rambang mate.....kejap tgk yg tu cntik kejap yg ni cantik pastu yg 1 lg pon cantik,,dah mcm mne???ingt tahun ni nk bli jubah,,law x pon nk bli kaftan yg cntik2,,teringin sgt nk pkai..akan ku usahakn supaya dapat wahahaha...


Untuk raya tahun ni cadangannye nk bt sendiri la kueh raya,,xnk bli2 dah,,kalau bli pon kerepek2 jelah..rsa mcm nk bt bermacam2 jenis kue,buat sket2 je tp bnyk jenis..hurm xsabar dah rse..huhu


BTW,,,Selamat menjalani ibadah puasa ye..smoga mendapat keberkatan dariNYA..amin ^^,


Thursday, July 19, 2012

Kenapa???

sueomey's blog | 12:38 PM | 0Comments |
kenapa ye tibe2 mlm semalam aku mimpikan slh seorg sahabat karibku..yg anehnya dlm mimpi aku tu terlihat sekujur mayat dye depan mata aku sendiri..aku menangis sekuat hati, air mata menitis xhenti2 sehingga aku rasa mcm btl2 aku menangis dan kemudian trus terjaga dr tidur,,rupanya mmg btol airmata ni kluar..apakah hikmah disebalik mimpi aku tu ye????tringin sgt nk taw ape sbbnye,,adakah dia btl2 nk meninggalkn aku atau pun hayatnya masih panjang???masih terbayang dimata aku jasadnya yang kaku sehingga waktu ini..aku berdoa smoga dye sihat sentiasa dan dipanjangkn umurnya..amin ya rabbal alamin....


Wednesday, July 18, 2012

sape tahu ape ni?????

sueomey's blog | 12:27 PM | 0Comments |



Hurm kalau sape xtahu meh sini nk bgtaw...ni la batu karang,,,bkn yg duk kat laut tu tp yg ade dlm bdn seseorang yg sakit batu karang...
Nk tahu mne aku dpt????sbnrnye ni lah rupa batu karang yg slame ni ade dlm badan abah aku..kecik je batu nye,,tp xtaw la tkut ade lg dlm bdn yg lebih besar,,allahualam la tu,mintak2 dah xdek dah..
Terfikir sejenak,,bagaimana batu tu boleh berada dalam badan seseorang,,katenye ni kecik je,,batu karang yg plg besar yg pernah mereka temui setakat ni adalah sebesar bola golf,,subhanallah,,kuasa allah..
ku harapkan semoga abahku cepat sembuh dri penyakit ni dan smoga sihat sentiasa..amin...

Monday, July 16, 2012

KERANA AKU MENYAYANGIMU

sueomey's blog | 12:48 PM | 0Comments |

TANGAN lembut putih kemerahan mencapai telefon bimbit lalu mendail nombor yang sudah lama terpahat di minda. Tiada sahutan dari penerima seperti mana yang diharapkan. Gelisah di hati hanya Allah yang tahu. Aku mesti beritahu dia, mesti tanya dia. Sekali lagi nombor itu cuba dihubungi, panggilan itu dijawab setelah lama menanti. Suara seorang wanita yang mengarahkannya supaya menanti bertukar kepada suara garau milik insan yang amat dikenali. “Sayang, Sorry, I’m busy right now. I’ll call you later. Promise.” Panggilan yang ditamatkan serta-merta tanpa menanti biara mengundang kekecewaan untuk bertakhta di hati. Hampir saja manik-manik jernih kecil itu merembes keluar membasahi pipinya yang chubby. Disekanya sebaik saja ia mula untuk berderai keluar. Nita masih lagi pegun di birai katil. Masih lagi static dalam keadaan duduk. Termenung dengan kepalanya yang buntu. Apa daya lagi yang harus dilakukan. Menantikan insan tersebut menghubunginya, entahkan bila zamannya. Dia tahu jejaka yang setahun lebih tua darinya itu sedang sibuk pada masa ini. Hampir seminggu panggilan yang senantiasa bertamu pada waktu makan tengahari tidak menjalankan rutin. Bukannya dia manja untuk dihubungi setiap hari, cuma di mahukan insan itu berada pada ketika diperlukan, itu saja.


KELIBAT manusia yang menjutai Suria KLCC bagaikan satu opera yang sedang dipentaskan, bagaikan satu teater yang sedang ditontoni. Mata kecil itu beralih arah menatap wajah milik tangan yang sedang mengusap tangannya. Mungkin ada sesuatu yang sedang berlegar di kepalanya sehinggakan wajah itu tidak menyedari dia menjadi tamu mata kecil. Sehinggakan suasana persekitaran tidak diendahkan. “Abang, kalau orang lain pinang ayang, camne?” Sepasang mata bundar dapat menangkap riak terkejut pada wajah milik mata kecil yang cuba disembunyikan. Mata kecil itu bertentang dengan mata bundar. Faiz hanya tersenyum melihat Nita keresahan menanti jawapan. Sengaja dia membiarkan Nita bergelut dengan kebarangkalian jawapan. “Ayang berhak untuk menentukan kebahagiaan ayang. Terima atau tidak, keputusan tetap di tangan ayang, walau apa jalan yang abang lakukan. Apa jua keputusan ayang, abang terima dengan redha.” Seraut wajah tidak berpuas hati terbentang di depan mata Faiz. Nita kecewa dengan jawapan yang diberikan tidak menepati spesifikasi. Secetek inikah kasih sayang Faiz. “Kalau ayang kahwin bukan dengan abang?” “Abang akan doakan ayang bahagia sekeluarga hingga ke akhir hayat.” Senyuman masih lagi terukir di bibir Faiz walaupun matanya menangkap sirna kehampaan pada wajah Nita. “Setidak-tidaknya abang dah bebas dari seksa.” “Seksa?” Nita terkedu apabila cuping telinga di sebalik tudung pink itu menangkap kata yang aneh di dalam frasa tersebut. Masakan selama ini aku menyeksanya. Adakah aku tidak membalas kasih sayang yang infiniti nilainya dari dia. Mungkin semua yang dilakukan belum mencukupi lagi. Atau mungkin penantian selama tiga tahun tidak lagi dihargai. Senyuman di bibir masih lagi mekar tanpa menghiraukan wajah Nita sedang keliru “Ya la. Seksa menangung rindu. Biar orang tu ganti menanggung seksa tu nanti.” Spontan tangannya mencubit pipi chubby yang selalu menjadi sasaran. “Sakitlah.” Tangan lembut Nita mengusap pipi yang kemerahan akibat dicubit. “Tak sayang pada ayang lagi la tu, sampai nak bagi ayang pada orang lain.” Faiz tersengih, gembira melihat Nita tidak lagi bermuram. “Ok, tadi abang jawab main-main. Ni abang serius. Abang sayangkan ayang dan sayang ini tidak pudar selamanya. Abang mohon ayang supaya tolak semua pinangan selain abang.” Bibir bergincu nipis itu mengukir senyuman manis. Bahagia rasanya mendengar kata-kata bagaikan janji itu. “Ayang dah tak perlu tanya pasal tu. Sampai bilapun jawapan tetap sama. Jangan terima pinangan orang lain.”


BUNYI ketukan dan pintu terkuak itu menghapuskan semua fantasi yang mengimbas kembali memori silam. Matanya mengekor gerak langkah Puan Zaini yang menghampirinya perlahan. Dia dapat merasai rambutnya dibelai perlahan. Sungguh mendamaikan ketika itu membuatkan dia terlupa masalah yang sedang dihadapi. “Mama dah setuju untuk terima rombongan meminang tu.” Kata itu ditutur dengan berhati-hati. Bimbang puterinya yang keras kepala itu memberontak. “Ayah dan mama dah berbincang dan kami sepakat dengan keputusan itu. Tunggu kamu berikan jawapan lambat sangat.” Terjegil mata Nita mendengar butir kata itu. “Mama...”
Mama menarik tangan kanan Nita dengan lembut lalu disarungkan cincin emas belah rotan pada jari manis. “Ni cincin bertanya, diorang yang bagi mak pun tak tahu masa merisik ada cincinnya. Mungkin adat negeri diorang kot.” Manik-manik kecil yang dibendung sebentar tadi menitis membasahi cincin belah rotan yang sedang ditatapnya. Nita memaut tubuh mama yang turut duduk di katil. Manik-manik yang sudahpun berjuraian kini menghujani bahu mama. Dalam esakan itu terdengar bicara halus dari bibir Nita. “Mama... Faiz...” “Dengar sayang, mama tak mahu lihat anak mama menjadi bahan ejekan dan fitnah orang. Mama tahu berat untuk kamu menerima keputusan kami. Tapi ini untuk masa depan kamu. Kami takkan salahkan kamu jika apa-apa yang buruk berlaku kemudian nanti.” Mama mengusap lembut belakang puteri yang berusia akhir dua puluhan itu. Nita berusaha untuk meredakan tangisannya. Pilu di hatinya membuatkan tangisan itu tidak dapat di berhentikan secara tiba-tiba. “Ok mama, Nita terima keputusan itu. Tapi, bersyarat.” Suara serak menggetarkan gegendang telinga setelah tangisan reda. Mama memeluk tubuh puteri yang menjadi harapan keluarga itu. Pelukan amat erat tanda kasih sayang yang tak akan putus.


HALUAN langkah kaki menuju ke tempat letak kenderaan. Letih badannya tidak tertanggung lagi. Letih menatap monitor belum lagi berkurangan. Kesibukannya pada minggu ini tidak seperti yang sebelumnya. Sehinggakan dia lupa pada ibunya, adik-adik dan yang paling utama pada Nita, kekasih yang setia menantinya untuk sekian lama. Dengan cermat topi keledar dipakai dan enjin motosikal dihidupkan. Dia lebih senang menunggang motosikal dari memandu kereta. Keadaan lalu-lintas di Pasir Gudang yang sesak setiap kali waktu puncak menjadi sebab utama. Antara sebab sampingan, ekonomi, bermotosikal lebih ekonomi berbanding memandu kereta. Dia tidak canggung walaupun dia di antara orang atasan yang perlu memberi arahan. Padanya lebih senang untuk berurusan dengan orang bawahan jika turut sama bermotosikal seperti mereka. Badannya yang sasa itu direbahkan ke sofa dengan kasar. Terasa hilang sedikit letih pada ketika rebahannya disambut lembut oleh sofa empuk. Butang kemeja berwarna hijau tanpa corak dibuka satu persatu supaya kulit dadanya dapat menikmati kenyamanan udara yang keluar dari pendingin hawa. Nokia 6610 dikeluarkan dari saku seluar. ’25 missed call’ angka yang terpamer di skrin tersebut mengejutkan Faiz. Bertambah huru-hara hatinya bila melihat kesemuanya dari nombor yang sama. Lantas dia mendail semula nombor tersebut. Dia faham benar dengan pendirian pemanggil, tidak akan menghubungi jika tidak penting. Pasti ada sesuatu yang penting jika angka yang terpamer melebihi dua. Telefon bimbit itu dilepaskan lalu terdampar di sisi dadanya setelah panggilan itu ditinggalkan sepi. Dia masih lagi berbaring di sofa sambil merenung siling. Sedang mindanya bergelut dengan kemungkinan yang terjadi. Dicubanya sekali lagi, namun masih lagi hampa kerana tiada jawapan dari pihak kedua. Mungkin merajuk sebab tak angkat call dia tadi. Atau hanphone berbunyi di atas sedang dia tengah sibuk di bawah. Gegaran telefon bimbit ditangan membuatkan dia terkejut. Pantas dia menjawab panggilan yang dinantikan itu. “Assalammualaikum.” Suara lunak yang didambakan menerjah lembut gegendang telinga bagaikan irama asli yang mendamaikan. “Waalaikumussalam.” Mahu saja dia meneruskan kata-kata berbentuk soalan, tapi akalnya cukup prihatin untuk membiarkan pemanggil menceritakan hal sebenar. “Faiz, kita ada hal nak bincang dengan awak.” Kata gantinama yang cukup janggal untuk diterima oleh saraf pendengarannya. Namun diketepikan rasa sangsi yang mula wujud di pangkal hati. “Apa yang kita perlu bincangkan sayang?” “Kita nak awak terima apa yang akan awak dengar dengan hati yang terbuka. Kita tamatkan hubungan kita setakat ni.” Suara gugup itu agak gementar untuk menyatakan apa yang perlu diberitahu. “What?” Terlongo mendengar kata-kata luar jangkaan. Akalnya cuba mencari punca frasa itu wujud tanpa di duga. Gagal juga walau sudah dicuba untuk mengimbas kembali sesuatu yang menjadi punca untuk dirinya dibenci. “But why?” “Cukuplah sekadar awak tahu kita tak layak untuk awak.” “Ayang, abang minta maaf. Abang benar-benar sibuk dan takde masa untuk ayang. Berikan abang masa untuk abang...” “Stop it Faiz! Please don’t call me ayang anymore. I unable to be your ayang.” Getaran suara itu mematikan suara pujukan lembut. Unsur ketegasan yang sebati di dalam kata-kata itu membuatkan Faiz hilang akal untuk memujuk. Puas difikirkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga gadis itu begitu bengis dan tegas mengungkapkan pendiriannya. Diteliti satu persatu tingkahlaku serta tutur kata yang diimbas dari memori. Mencari kemungkinan yang ada untuk mewujudkan alasan untuk berpisah. Akhirnya terlena kepenatan serta minda yang sudahpun letih memikirkan masalah yang baru terbeban.


KEBAYA sutera yang membaluti tubuh kerdil Suzi diperkemaskan lagi. Suzi berpuas hati dengan hasil tangannya. Sutera China berwarna biru muda menjadi pilihan untuk majlis pertunangangan nanti. Dia cukup berhati mengawal emosi dan riak muka bagi melindungi rasa hatinya yang sebenar. Baginya masalah itu masalahnya tidak perlu diwar-warkan kepada orang lain. Seakan cemburu melihat rakan sekolejnya gembira ditunangkan dengan pemuda yang memang teman istimewa. Mungkin dia tidak beruntung kerana teman istimewa belum dapat melamarnya lagi. Kadangkala dia berasa beruntung kerana dilamar oleh orang lain. Kira famous jugakla aku ni. Bukanla anak dara tak laku. “Oh anak dara tak laku.” Sentuhan keras dibahu membuatkannya terperanjat. Langsung terkeluar apa yang difikirkannya. “Kau ni, terperanjat aku la. Nak apa?” “Sape anak dara tak laku? Kau ke?” Suzi mengekek kecil melihat Nita yang sedang mengusap bahu. “Wei, tolong sikit ya. Aku nak bertunang Ahad ni. Itu maksudnya aku bukanlah anak dara tak laku.” Berkelip-kelip mata di sebalik cermin. Suzi memperbetulkan cermin matanya yang melorot jatuh. “Wah, Tahniah. Faiz tak pernah cerita pun. Dua tiga hari lepas aku call dia, dia takde cakap pun nak pinang kau. Cuma dia kata dua tiga tahun lagi dia nak bernikah dengan kau.” Muka yang indah dihiasi dengan senyuman berubah. Nita tunduk kemuraman. Suzi terpinga-pinga. Salah susun kata ke, takkan dia marah aku call Faiz. Senyuman di bibir Suzi turut surut. “Nita, sorry. I didn’t mean to hurt you. Ok, dari hari ni aku takkan call Faiz lagi.” Nita menggeleng. Sesuatu yang cuba dirahsiakan kini terluah juga. Gatal mulut nak bangkang, terima padahnya. “Nope, kau tak salah. Aku bertunang dengan orang lain.” “Hah, kenapa?” “Parent aku setuju untuk terima pinangan tu. Aku terpaksa menurut. Maruah keluarga, harus dijaga.” “Habis Faiz macamana? Dia dah tau ke?” “Kitorang dah break-off.” Kata-kata tenang itu mewujudkan rasa kagum di hati Suzi. Sebegitu tenang Nita menangani masalahnya. Kagum melihat Nita berjaya melakonkan watak selamba pada awal pertemuan tadi. “Suzi, tolong aku.” “Yes. What ever you want, just give an order.” “Tolong rahsiakan dari Faiz.”


KETULAN batu yang diambil di pinggir kaki dicampakkan ke tasik. Matanya meliar melihat persekitaran tasik. Sesekali matanya tertancap pada kincir angin yang terletak di atas bumbung Muzium Layang-layang. Sekali lagi batu dikutip dan dicampakkan ke tasik. Hadirnya di situ tanpa tujuan lain hanya untuk menenangkan fikiran. “Hai tak puas lagi nak cipta tension island tu ke?” Suara garau menghentikan lakunya. Dipusingkan kepala untuk melihat insan yang bersuara dari belakang. Memang insan itu dikenali dan rapat dengannya. Dia akan berasa tenang dan bahagia berada di samping lelaki itu. “Kau ni, nak tegur biar berdepan. Nasib baik aku tak terperanjat, kalau tak mau aku terjun tasik tadi.” Mendongak kepala menatap wajah pemuda yang berdiri di sebelahnya. Faiz mencangkung bersebelahan dengan Linda. Menatap muka bersih Linda membuatkannya teringat kepada Nita. “Angah, aku ada cerita sedih, nak dengar.” Memang mereka sudah lama berkawan, gelaran itu sudah sebati dalam perbualan mereka. “Cerita pasal kau ke orang lain?” Faiz langsung tidak marah walaupun dia layak untuk dipanggil abang. Baginya panggilan itu hanya menjarakkan hubungan mereka lantaran umur yang agak jauh berbeza. “Pasal aku la. Dengar tau.” Matanya meninjau tempat yang selesa untuk melabuhkan punggung. Penat bertinggung ni, mau tercabut kepala lutut. Faiz mula menceritakan segala yang terpikul dibahunya pada Linda. Dia mahu ada seseorang mendengar rintihannya dan yang akan membantu mencari penyelesaian. Linda yang tekun mendengar kisah tersebut turut bersimpati dengan Faiz. Mujur dia adalah pendengar yang baik yang akan menilai dan membantu setiap yang menceritakan masalah padanya. Faiz banyak membantu ketika dia mula membina semangat dulu. Pada ketika dia hampir saja mengorbankan nyawa sendiri Faiz datang memberikan semangat. Baginya Faiz adalah seorang abang yang hebat. Dia tahu Faiz tabah dan boleh menerima perpisahan itu. Dia tahu Faiz hanya mahukan jawapan yang sepatutnya diberikan oleh Nita. Dia mengagumi Faiz kerana kesetiaan seorang lelaki kepada kekasihnya. Walaupun berjauhan, Faiz tetap merindui Nita. “Aku rasa, mungkin sebab dia kena kahwin paksa.” Terpacul jawapan yang tidak diduga itu setelah lama mereka tidak bersuara. “Hish, aku kenal mak dia macamana. Aku dengan mak dia gini hah.” Faiz mengaitkan jari telunjuk menandakan dia rapat benar dengan Puan Zaini. “Jadi kau nak tau la jawapan sebenarnya?” “Yup.” “Kita tunggu selepas ini.” “Hotak kau, aku serius kau memain yer.” Segumpal tangan sasa itu mengenai bahu Linda, hampir terjatuh dibuatnya. “Wei apa ni, betul la, aku serius jugak la. Mana aku tau jawapan sebenar, kau kena la jumpa dia pastu tanya dia.” “Jumpa dia?” Linda mengangguk. “Tanya dia?” Linda mengangguk lagi. “Dia kat KL, aku kena pegi KL la?” Sekali lagi soalan itu dijawab dengan anggukan.


DERETAN pengunjung panggung wayang yang sedang beratur untuk membeli tiket itu sungguh panjang. Filem panas baru keluar, mana tak orang berebut nak tengok. Nak nak kaki wayang memang balun punya. Poster yang tercetak muka Afdlin, Awie, AC dan Hans tergantung megah di sekitar panggung. Hari pertama Baik Punya Cilok ditayangkan dah begini ramai. Agak-agak berapa diorang dapat nanti ya. Titisan manik air di sekeliling gelas yang berisi minuman ringan melorot jatuh membasahi meja. Minuman sudah hampir separuh, insan yang dinanti masih lagi belum menampakkan bayang. Mata melilau kiri dan kanan mencari susuk tubuh yang amat dirindui. Sesekali dia menjeling ke arah Linda yang duduk berhampiran dengannya. Jongketan kening dari Linda yang seolah-olah bertanya itu dibalas dengan mengangkat bahu. Dia memberikan isyarat untuk beredar, Linda mengangguk tanda akur. Satu sentuhan lembut mengusap bahunya ketika dia mula mengorak langkah. “Assalammualaikum.” Mata bundar yang dirinduinya kini sedang menatap tenang wajahnya. “Waalaikumussalam.” Faiz duduk kembali di tempatnya setelah Nita duduk berhadapan dengannya. “Nita nak makan apa?” Nita menggeleng kepala. “Takpe, kita dah makan sebelum keluar tadi.” Senyuman mula mekar di bibir Faiz. Rindu yang selama ini terpendam di dada hampir terubat. “Kita datang bukan nak tengok awak senyum. Ada apa awak suruh kita datang ni?” Mata kecil itu merenung gadis yang mengenakan blaus berwarna pink dipadankan dengan tudung yang sedikit cair bersama seluar hitam. Satu keanehan dapat dirasakan pada kelakuan yang ditontoninya. Cara layanan yang agak kasar membuatkan hatinya sedikit terguris. Namun dibiarkan semua itu dan masih lagi mengukir senyuman. “Awak, kita tak boleh lama ni, kita datang dengan mak kita nun.” Faiz turut berpaling ke arah hala kepala Nita berpaling. Dikejauhan, berhampiran dengan pintu masuk Mc Donalds berdiri satu tubuh. Puan Zaini kelihatan bersahaja dan melambai ke arah Faiz yang sedang menatap tubuhnya. “Nita, kita cuma nak tahu mengapa awak nak putuskan hubungan ni.” “Bukankah kita dah berikan jawapannya? Kita tak sepadan. Kita tak layak untuk awak dan awak tak layak untuk kita. Itu saja.” Kata-kata itu sedikit sebanyak mencarik luka di hati Faiz. Terkedu melihat Nita tega berlalu pergi untuk mendapatkan mama yang sudah lama menanti. Langkah laju Nita bersama Puan Zaini diekor dengan mata dari jauh. Dia mengharapkan Nita berpaling ke arahnya seperti selalu supaya dia dapat mengejar kembali. Harapan tinggal hampa, Nita terus melangkah tanpa berpaling. Tegas sungguh pendirian kali ini. Takpelah dah tak suka, kena cari ganti gamaknya. Entah bila Linda mendapatkannya, sedar-sedar lengannya ditarik lembut. Dia hanya menuruti dengan hati yang sarat dengan kelukaan. Hati yang luka itu akhirnya pulih sedikit apabila teringat kata-kata Rosyam Noor ketika melakonkan watak TJ dalam cerita Palyboy Pencen, ‘if you love somebody, set them free’. Biarkan dia bebas. Kalau dah jodoh tak ke mana.
Mungkin bukan jodoh, tapi kenapa namanya masih bersinar di dalam hati ini. Sedangkan doa yang diamalkan meminta nama itu dipadamkan jika bukan jodoh yang terbaik. Mungkin perpisahan ini hanya seketika. Kalau seketika ada chance lagi la. Cuma kena cari ayat elok-elok untuk memujuk.


DERINGAN telefon yang membingitkan terhenti apabila Aiman yang berumur dua tahun lebih mengangkat gagangnya. Aiman berbicara beberapa ketika dengan pemanggil. “Mak lang tepon. Orang laki nak akap.” Gagang dihulur kepada Nana. “Hello.” “Nana. Aku ni. Kau sihat?” “Oh, Abang Faiz. Sihat. Abang Faiz camne?” “Demam, sakit, semualah.” Timbul rasa aneh di hati Nana. Suara macam tak sakit, mesti ada apa-apa. “Kenapa?” “Ala pasal akak kau la. Dia mintak putus. Aku tak puas hati. Kau tau tak sebab apa?” Serba salah dibuatnya. “Dia dah nak kahwin.” Nana teragak-agak untuk menjawab. Dia terpaksa menjawab supaya Faiz faham dan berhenti memujuk kakaknya. Kemungkinan jawapan yang selalu bermain di kepala akhirnya bergetar jua di gegendang telinga. Jawapan yang cuba untuk ditidakkan. Jawapan yang cukup perit untuk diterima. Dah nak kahwin. Tidak. Semoga kau berbahagia Nita.


KURANG 24 jam lagi dia akan bertunang. Hatinya resah memikirkan kekasih yang masih lagi disayangi. Dia terpaksa menipu supaya insan menjarakkan hubungan kasih antara mereka. Dicuba berkali-kali untuk melelapkan mata. Resah di hati menggagalkan setiap percubaan. Dia mengalah, dia tahu dia perlu berterus terang. Dicapai telefon bimbit di atas meja solek lalu mendail nombor yang sudahpun dipadam di dalam phonebook. Tidak lama panggilannya dijawab. “Assalammualaikum.” “Waalaikumussalam. Awak nak apa lagi?” Suara tenang yang kedengaran seolah tidak mahu diganggu. “Tak cukup lagi awak nak lukakan hati saya?” “Kita cuma tanya satu soalan saja.” Diatasi kegugupan supaya kekuatan hadir dalam diri bagi mengatasi ketakutan yang akan mengundang kekalutan. “Awak masih sayangkan kita lagi?” “Maaf Cik Nita, saya rasa awak salah orang. Saya tak pernah nak menyayangi awak. Selama ini saya cuma main-main aje dengan awak.” Hampir meraung Nita mendengar jawapan yang diluahkan. Ditabahkan hatinya agar dia tenang menghadapi dugaan itu. “Oh ya, tahniah, awak jaga la tunang awak baik-baik. Jangan kacau saya lagi, nanti tunang awak marah.” “Faiz, I still loving you and I’ll love you till the end of time.” Tutur kata yang jujur itu membuatkan Faiz terharu, namun ia tidak berguna Nita akan bertunang pada hari esok. “Ha elok la, cintakan saya, sayangkan saya, kahwin dengan orang lain. Dah la, saya bukan lagi insan yang menyayangi awak. Awak perlu tumpahkan segala rasa sayang awak pada suami awak kelak. Jangan awak hirau pasal saya lagi. Ok?” Air mata berderai, itulah satu-satunya jalan untuknya melepaskan tekanan emosi. Tidak terfikir bagaimanakah untuk tidak menghiraukan insan yang disayangi, bagamanakah untuk tidak ambil peduli pada insan yang dikasihi. Perlahan hatinya dipujuk, butir bicara Faiz ada benarnya, tidak patut dia meluahkan rasa cinta pada bukan tunangnya.


SUDAH seminggu cincin emas bermata berlian itu tersarung di jari manisnya. Selama itulah dia masih lagi tidak bertemu dengan tunangnya dan cuma ada tempoh seminggu untuk dia bergelar isteri. Kadang-kadang dia berasa takut, seolah dia belum bersedia untuk menjalani hidup berkeluarga. Tersenyum sendiri bila menggambarkan kehidupan bahagia yang akan ditempuhi bersama suami. Memang dia mengimpikan kebahagian bersama suami dan anak-anak. Dalam sudut hati ada juga tertanya, bagaimana rupa bakal suaminya. Teringat kembali pada syarat yang dikenakan pada mama. Untuk kebaikannya juga, dia takut berubah hati bila mengetahui siapa tunangnya. Kalut juga semasa menanti majlis pertunangan. Masakan tidak tempoh 3 hari yang diberikan tidak cukup untuk membeli barang keperluan. Keprihatinan pihak lelaki cukup membuatkannya terharu, segala barang hantaran yang sudah siap dihantar pada pagi majlis. Dia turut diberikan sepersalinan lengkap bersama jurusolek.


KEPALANYA seakan ditimpa segunung batu, begitu berat untuk diangkat. Dia tunduk semasa pintu dikuak oleh wakil perempuan dari pihak lelaki. Satu tangan yang menyamankan menyentuh dagu lalu mengangkat kepalanya beralih dari posisi tunduk. Senyuman manis Puan Rahama disambut dengan senyuman bagi mengindahkan wajahnya. Puan Rahama mencapai jari manis gadis yang sedang mengenakan baju kurung pesak berwarna cream. Cincin berlian bermata satu diambil dari kotak baldu lalu disarungkan pada jari tersebut. Tangannya yang dihulur disambut lembut oleh bakal menantunya dan menerima kucupan. Dingin terasa dahi dan kedua pipi Nita akibat dikucup oleh bakal mertua. “Nita, tahniah. Semoga Nita serasi dan bahagia bersama anak mak.”


DIRABA dahinya kedingian masih lagi terasa. Dia berasa serasi dengan bakal mertua yang prihatin itu. Dalam kegembiraan yang dirasai hatinya turut berasa sedih. Dia harus memadamkan rasa cintanya terhadap Faiz. Dia tidak boleh berbohong pada hatinya. Andai dapat menjerit, dia akan menjerit ‘Faiz, Nita sayangkan Faiz.’ Dia tidak berdaya untuk merubah kata hitam ayahnya. Sekali-kali dia cuba untuk tidak derhaka kepada kedua orang tuanya. Jika dia menolak, pasti akan memalukan keluarganya. Pasti mama dan ayah tidak suka pada anak yang memalukan keluarga.
Akan dipastikan harapan mama dan ayah dipenuhi. Harapan melihat puteri sulung keluarga itu bahagia bersama suami dan anak-anak akan dilaksanakan. Hanya tinggal seminggu saja lagi. Ya, semnggu saja lagi, selamat tinggal Faiz.


KERIUHAN suara orang bertandang sudah menjadi rempah yang mehingarkan majlis perkahwinan. Nita duduk berteleku di birai katil bersama Suzi yang setia menamani dan mendamaikan gelora hatinya. Sesekala air mata yang mahu menampakkan rupa dilap dengan tisu yang sentiasa berada di tangannya. Suzi cuba memujuk Nita supaya menghiaskan wajah dengan senyuman. Di celah keriuhan itu terdengar suara yang menyatakan pengantin lelaki sudah tiba. Nita sebolehnya cuba untul memaniskan rupa. Rasa rindu terhadap Faiz menggagalkan setiap percubaan yang dibuat. Dia menarik nafas sedalam mungkin. “Selamat tinggal Faiz, akan ku kenang dirimu selamanya.” Tutur yang dibicarakan dalam keadaan berbisik. Jurunikah beredar dari bilik setelah mendapatkan tandatangan dari pengantin perempuan. Kini upacara akad nikah akan dilangsungkan. “Mohd Faizudin bin Muhammad.” Tersentak Nita mendengar nama yang disebut oleh jurunikah. “Saya.” Suzi yang berada berhampiran dengan Nita turut terkejut bila mendengar suara yang dikenalinya. “Aku nikahkan akan dikau, Zahnita bt Zainuddin dengan maskahwinnya 80 ringgit tunai.”
“Aku terima nikah, Zahnita bt Zainuddin dengan maskahwinnya 80 ringgit tunai.” Disentuh lembut tangan isteri yang sedang tunduk. Tangan yang dihulur disambut oleh kelembutan tangan wanita yang sah menjadi miliknya. Lalu tangan itu dikucup tanda hormat dan patuh. “Surprise!” Luahan kata dari suara milik insan yang sememangnya didambakan menjadi suami itu merungkaikan segala kekusutan yang wujud pada waktu dia terkejut tadi. Nita bangun dengan tiba-tiba dan memeluk erat suaminya. “Abang jahat tau buat ayang camni.” Faiz terperanjat dengan tingkah-laku isterinya. Lalu cuba diungkaikan pelukan erat itu kerana perasaan malu mula menyelubungi. Malu kerana ditonton oleh semua yang hadir. “Abang cuma nak tengok rupa orang yang kena kahwin paksa. Dah la, nanti kita sambung, malula orang tengok.”


BERTERABUR tawa mereka menonton rakaman majlis perkahwinan mereka. Nita berasa bahagia di samping suami yang peyayang dan amat memahami. Dia selesa bersandar di dada suaminya yang sasa. Kehangatan dakapan suaminya membuatkan dia berasa dirinya dilindungi. “Best juga tengok rupa orang kena kahwin paksa ya. Tak tahan tengok ayang menangis sambil pegang tisu. Sayang juga ayang pada abang yer.” “Jahat tau, tak aci la semua pakat dengan abang nak kenakan ayang.” Nita menjeling wajah selamba Faiz.
“Sebenarnya kan, abang pun tak tau yang mak datang pinang ayang. Mak rahsiakan aje. Sampai seminggu sebelum nikah baru mak bagi tau.” Senyuman yang terukir menceriakan lagi wajah Faiz. “Kira abang pun dah kena tipu ngan mak, mama dan ayah.” Nita menyertai tawa Faiz. “Masa abang bagitau ayang yang abang tak sayangkan ayang tu macam nak gugur jantung tau.Sekarang ni sayang ke tak?” “Sayangla. Tambah-tambah dah ade ni.” Faiz mengusap lembut perut isterinya yang memboyot. Senyuman bahagia terukir di bibir kedua mereka. Nita turut membelai perut yang semakin membesar. Jauh di sudut hati dia bersyukur, berkat bersabar dan patuh pada ibu bapa kini dia bahagia bersama insan yang memang dinantikan untuk mendirikan keluarga bahagia bersama.


Jenaka Ustaz Azhar @JenakaUstAzhar

sueomey's blog | 10:24 AM | 0Comments |

‎"Suami seeloknya terimalah isteri seadanya sebab manusia tidak sempurna. Kadangkala ada isteri cantik tapi bau mulut busuk, ada yg putih melepak tapi kuat kentut pulak. Jadi kena bersabar je la".


Kadang2 ketiak pulak bau tengik..wakaka.


~ Begitu juge isteri, terimalah suami seadanya... :D

3 hari 2 malam bersama

sueomey's blog | 10:14 AM | 0Comments |
assalamualaikum...
disini sya nk kongsikan cerita pde smua..pda 13-15 julai 2012, smkaa telah mnjlnkn prgram kecemerlangan dan keimanan untuk pelajar2 asrama,, seronok sgt dpt jmpe alumni-alumni@fasilitator smkaa,, cikgu2 dan warden2 yg sya syg..

alhamdulillah,,,aktiviti yang kami rancang sgt berjaya..

dapat lihat wajah2 gembira adik2 asrama smkaa sepanjang prgrm ni berlangsung..x sngka mereka sgt srnok menjalankn aktiviti yg kami telah rancangkn dlm mse yg singkat..


kesungguhan mereka untuk menang dlm setiap permainan yg dijalankn sgt baik..mereka sgt kreatif melakukan apa cara sekalipun bg menjlnkn aktiviti ni dgn jayanya..





ALLAH!!






rasanya program 3 hari 2 mlm masih tidak cukup bgi ku,,adik2 sgt sporting..seronok sgt2 dapat bersama mereka..smoga adik2 asrama smkaa ini dpt mengaplikasikan program yg kami jalankan ini di dlm pelajaran dan semoga prgram ini dpt menaikkan semagat mereka untuk belajar dengan lebih baik...diharap program sprti ini dpt diteruskan lagi pda mse akan dtg...amin...


TEAM FASILITATOR TERBAIK..itulah kata2 semangat yg diberikan oleh Kanda Hasra kepada team kami..dan terima kasih pde cikgu2 yg sudi memberikan cenderahati yg sgt berguna buat kami smua..


Semoga kami terus bersama-sama merancang dan melaksanakan program yg lebih baik bagi adik-adik asrama smkaa..sayang kamu smua..

our team fasilitator
miss u all guys


Wednesday, June 27, 2012

sueomey's blog | 3:30 PM | 0Comments |

24 june 2012....trip to zoo mini kemaman gabungan bersama taska/tadika minda kritis & taska/tadika di indrapura kuantan...
seronok tgk bdk2 pergi melawat zoo....yelah first trip dengan kawan2 sebaya,,mmg la seronok kn...

ni gajah2 yg ade kat situ......jinak sgt...ble kte hulur tgn dye hulurkn belalai dye..haha..pandai..


tgk bdk ni ske sgt tgk rabbit...

pengalaman yang agak seronok sebenarnye....tp ade jgk la yg kurg seronok, mse nk  mkn,...pnyelah lame nk tggu nasi sampai...katenye dah book awl2 ngan tkng masak tu...alih2 lambat jugak...kalau gle2 sedap tu terubat la sket aty ni,,,ni x sedap aku masak lagi...ape daa...

pasni katenye nk bt trip to pulau tioman plak...jd ke x wallahualam...kte tggu dan lihat je ye...yg penting event mcm tu aku dijemput walaupun dah jd ex teacher tp ttp teacher pde ex student2 ku....hehehe...



Saturday, June 23, 2012

Sushi cara saya..

sueomey's blog | 1:04 PM | 0Comments |
Sape suke sgt mkn sushi angkat tgn................hehe..sye suke ngat mkn sushi...tp buatan sndri taw...xcye??tgk ni....


haa..caye x????ni lah sushi yg sye buat..sedap taw...nyum nyumm...hurm.. nk taw cre buat sushi ni..???sme je mcm org laen buat, tp rase mngkin laen2... buatan msg2 la katekan.. hoho.. ok nk resipi x??klau nk cepat ambil pen & kertas salin...lagi mudah kalau copy, paste, & print..kn???


Bahan-bahan

1/2 kg beras sushi (yg i gne jenama sumo paket wane hijau)
1 paket seaweed (terpulng nk perisa ape hot spicy or original)
1 btg timun jepun (timun btg m'sia pon boleh)
2 biji telur
cuka (xkesah cuka ape pon)
mayonis (ape2 jenama pon ok)
bamboo mat (sbgai penggulung sushi..tp sye xgne pon..hebat x??hihi)

Cara-cara

1. Masak beras sushi dlm rice cooker, mengikut sukatan ye.. cnth nye 3 pot beras dicmpur 6 pot air.. (make sure bekas untuk sukat beras sme dgn nk sukat air ye)
2. Sementara tggu nasi msk, potong kpd 3@4 bhgian timun batang tu, buang pulur tghnye. then ptg memanjang. nipis2 je taw.. setelah itu rendamkn timun tu dlm cuka..
3. Pecahkn telur kedalm bekas dan pukul,..letakkan garam sket sbgai perasa, pastu goreng mcm nk bt telur dadar.. tp klau boleh nipiskn sket.. setelah siap, glung dan ptong telur.. jgn tebal2 sgt nnti nk gulung dgn nasi jd pdt plak..
4. Setelah nasi tu dah msk, cmpurkn cuka masa nasi tu msih panas..mesti ikut sukatan nasi tu td.. kalau nasi 3 pot msukkan lebih krg 6 sudu besar cuka.. tp sye ske masam so sye letak lebih sket..terplng la nk bnyk mne ok...

Cara menggulung

1. Ambil skpg seaweed letakkan diatas bamboo mat, letakkan nasi diatas seaweed,ratakan.kemudian ambil mayonis spukan diatas nsi.ambil timun dan telur yg telah dihiris td letakkan secara memanjang kemudian gulungkn..
2. Ulang step 1 smpai hbs nasi dan seaweed...

#p/s : Inti yg didlm tu blh tukar kepada ape shje mngikut citarasa anda sndiri, tuna, carrot dan sebagainye...
SELAMAT MENCUBA..

Sebarang pertayaan sila comment dibawh ye..spe nk kongsi gambar sushi yg dibuat sendiri boleh post jgk..sgt dialu-alukan..trima kasih.. ^^,

Galaxy note......

sueomey's blog | 11:56 AM | 0Comments |
Ade cerita terbaru...haha..my bro jmpe samsung galaxy note la kat tempat kje dye..nk tgk???


ni haa...handphonenye...wuhuuuuu..

acctly td da kol pemilik hp tu..katenye nk ambik ari ni...hurmm tertggu2 milik siapakah hp ini...cewah nyanyi pulak...hikhik....dengar suare mcm aw!aw! jer...kikiki...........xpe2,,,,jz wait n see...

nnti aku update kesinambungan crita ni ea...caw sin chii... ;)

Thursday, June 21, 2012

Tak kan pisah

sueomey's blog | 2:14 PM | 0Comments |


sayang aku ingin berbicara kepadamu
tentang apa yang tengah aku rasakan
ada apa, ada apa katakanlah semuanya
ku kan dengarkan duhai cintaku
bila nanti org tuamu meridhoi dengan 
apa yang ku rasakan padamu 
semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya 
begitu pun orang tuaku 

kau takkan tinggalkanku 
takkan pernah, sayangku 
janjimu janjiku untukmu
takkan ada yang pisahkan kita
sekali pun kau telah tiada
akan ku pastikan
ku kan memeluk menciummu di surga

jangan kau pergi tinggalkan aku
bawa aku ke mana kau mau
janji ku padamu
jiwa dan ragaku mati pun ku mau
***Lagu yang sgt membuai perasaan...

Fashionable tak???ehehehe

sueomey's blog | 1:59 PM | 0Comments |

Bosan-bosan xdek kerja nilah hasilnye...hikhik         CHECKIDOUT!!












makanan ambe tiap hari

sueomey's blog | 1:50 PM | 0Comments |
Ni la makanan yang aku makan tiap2 hari...nasi minyak..hoho.,,kdg2 tu ade gak rase nk muntah..tp apakan daya ini yang termampu..haha..makan jela...nk merungut2 pulak...aiyoooo....btw,,,,thanks maa sbb slalu bli nsi kat org tiap2 hari...lopp u la...ngehh3..


LYDIA

sueomey's blog | 11:25 AM | 0Comments |

puaskanlah hatimu agar dapat bertapak
hati kecilku ini diruang hatimu
seluruh jiwaku kan kuserahkan
hanya padamu sorang pujaan hati nan manja
dikau yang kuidamkan kerana ku menyanyangi
sepenuh jiwa ini
berikanlah harapan agar cita tercapai
dapat juga berlabuh pelabuhan kasih
seluruh jiwamu jadi milikku
hanya dirimu sorang beradu dalam impian
setiap ruang mimpiku kan kupertahankannya
walaupun amat payah
korus:
takkan kau sanggup melihat
diriku sendiri begini merana
berikanlah jawapan yang pasti
dapat kuberdiri denganmu
lydia pujaan hatiku
lydia penyeri malamku
lydia kau sumber ilhamku
pengubat hati rindu
lydia kaulah penawarnya
di kala kesunyian
kan ku korban jiwa
padamu yang kucinta
takkan kupersiakan
(ulang dari korus)
berikanlah harapan agar cita tercapai
dapat juga berlabuh pelabuhan kasih
seluruh jiwamu jadi milikku
hanya dirimu sorang beradu dalam impian
setiap ruang mimpiku kan kupertahankannya
walaupun amat payah

'uncle' nuffnang