tabung

Monday, April 22, 2013

Tips Kesihatan

sueomey's blog | 10:43 AM | 13Comments |
Assalamualaikum.. Apa khabar korang semua? Sihat?? haa knpe aku tanya korang sihat ke tak?? kena la dengan tajuk entry aku kali ni.. Cer korang jeling skit ape tajuk post aku kali ni??? Haa.. tajuknya Tips Kesihatan kan?? 

Okay straight to the point tentang apa yg aku nak sampaikan kali ni.


Tips Kesihatan 1

Korang tahu tak, Rasulullah kita tak pernah sakit perut semasa hayatnya?? rahsianya... amalkan diet Rasulullah ni okay.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH ( KOKTEL )

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam. Sesiapa Yang Tinggal Makan Malam Dia
Akan Dimakan Usia & Kolestrol Dalam Badan Akan Berganda. 



Tips Kesihatan 2

KENAPA KLORIN DIGUNAKAN UNTUK MERAWAT AIR?
 

            Korang tahu tak air untuk kegunaan manusia mengandungi ratusan mikroorganisma yang mungkin mencetuskan penyakit bawaan air seperti taun, kepialu dan disenteri. Justeru, klorin digunakan dalam air minuman untuk mengawal penyebaran penyakit bawaan air.
            Para pengguna di seluruh dunia dinasihatkan memasak air minuman sebelum diminum supaya klorin dalam air dapat tersejat keluar. Ramai pengguna tidak sedar bahawa untuk memastikan semua klorin disingkir, air mesti direbus lebih dari 20 minit pada suhu 100ºC. 

Tips Kesihatan 3

KEPENTINGAN AIR BERALKALI

            Pemakanan yang tidak sihat seperti makanan bergoreng, banyak lemak, kandungan garam dan gula yang tinggi, minuman air bergas dan gaya hidup yang kurang bersenam dan tekanan hidup menyebabkan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ, sendi-sendi dan seluruh tubuh badan akan berasid. Masalah ini boleh diatasi dengan meminum banyak air beralkali.
            Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana ia dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Untuk makluman, Air Zam-Zam adalah air beralkali dan mengandungi banyak mineral. Sudah tentu ada hikmah kenapa Air Zam-Zam bersifat alkali. Hmm amazing kan??

Tips Kesihatan 4

SARAPAN PAGI KUATKAN OTAK

            Orang tua-tua kata, untuk kekal sihat dan langsing, harus jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif dan memiliki daya tumpuan lebih baik.

            Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat akan membekalkan tenaga,
Selain itu, pengambilan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja. 

#psst: Untuk kakak angkat ku sayang, take a note ye dear ;)

Tips Kesihatan 5

Memilih Makanan Yang Sihat 
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan sebanyak mungkin.

DonatSetiap Donat mengandungi 200 hingga 300 kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.
Nugget ayamMakanan ini penuh dengan lemak yang biasanya menyebabkan darah tinggi untuk orang dewasa.

Kentang goreng
Mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit mengandungi vitamin.

Kerepek atau keropok
Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan kalori kosong.


Minuman perisa buahRata-rata minuman jenis ini hanya mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis. Zat-zat dalam jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, makanlah buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.

Minuman berkarbonat
Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat, ia mengandungi hampir 10 sudu gula.  Malah, kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh kalsium yang mencukupi untuk tumbesaran tulang-tulang mereka. 

Tips Kesihatan 6
Makanan Dan Hikmahnya Dalam Islam ( 1 )
Roti (khubz)        
   
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi  s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Barli (sya'ir)

 
            Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam. 

Tips Kesihatan 7
Makanan Dan Hikmahnya Dalam Islam ( 2 )
Biji hitam (habb al sauda)
 
            Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habbal sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Tamar kering (tamr)
 
            Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yang tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini. 

Tips Kesihatan 8
Makanan Dan Hikmahnya Dalam Islam ( 3 )
Limau


            Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Tips Kesihatan 9
Makanan Dan Hikmahnya Dalam Islam ( 4 )
Buah Ara fig (fin) 





 
           








 Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Halia (zanjabil)
 
            Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan. 

Tips Kesihatan 10
Makanan Dan Hikmahnya Dalam Islam ( 5 )
Madu lebah(a'sal)
 
            Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

            Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).


Hah itu jelah 10 tips kesihatan tuk korang baca.. Cubalah..insyallah kesihatan lebih terjamin, sebab ni pon amalan Rasulullah s.a.w..

Aku tiba-tiba post ttg kesihatan ni sebabnya tadi aku dah pon diceramah oleh ustaz terjun merangkap office-mate dan juga bos kecik dalam department tempat keje aku neh.. Tiba-tiba je bercerita bab kesihatan dengan dye..dengan aku sekali terbabit.. haha, papepon thanks Bro F.. Ceramahmu akan tetap ku kenang..wink wink.. ;)

13 comments:

Cik Nor said...

bw cni..:)

Mizz Aiza said...

bagus infonya..

Norliza Nordin said...

singgah dan follow sini! ^^

mukena murah said...

wah saya baru tau kalo makan buah itu tidak baik setalah makan, hemmm :) sungguh informasi yang sangat bermanfaat untuk kesehatan, terimakasih atas postingannya yang bermanfaat

Siti Zulaikha said...

makin banyak taw pasal kesihatan makin rasa xsihat nye hidup selama ni haha.

Unknown said...

tips yang sangat berguna...sebelum ni saya suka sangat makan koktail...lepas ni kena elakkanlah...thanx 4 the tips ;-) i love it..

~~IrdaBay~~ said...

bagus info nih!
Jom tengok vitamin yang 100% pulak untuk memenuhi keperluan nutrisi harian kita! (^_^)

sueomey's blog said...

@Norliza Nordinthanks...sue follow awk jugak ye ;)

sueomey's blog said...

@mukena murah sama-samalah kita amalkn cara pemakanan rasulullah,jgn diikutkn cara orang barat ye.. ;)

sueomey's blog said...

@Siti Zulaikha Shuib hihi,sue pon sme,lepas tahu je mengenai info ni trus rse nk kongsi ngn korang semua sbb tanpa kita sedar cara pemilihan pemakanan pun pnting untk kesihatan kan??

sueomey's blog said...

@june mohd sama la dengan sue,sblm ni mmg febret gler kot bnda ni..tp lepas tahu je sebenarnya xelok tuk kesihatan trus xrse nk mkn..huhu

Unknown said...

tips yang bagus..

azman said...

banyaknya tips.. macam mana nak hafal nih?

'uncle' nuffnang