tabung

Monday, May 27, 2013

Petua Putihkan Gigi

sueomey's blog | 9:34 AM | 10Comments |

Disini aku nak share sikit petua untuk putihkan gigi yang kuning. Bukan gigi kuning sebab tak gosok gigi tau tapi disebabkan faktor seperti merokok, makanan dan minuman.

Masa kanak-kanak dulu gigi cantik je macam retis kan, tapi bila makin berumur gigi tu main kureng la putihnya tapi tak semua orang mengalami masalah macam ni. Ada je orang yang masih maintain putih berseri giginya.

Jom tengok apa petua yang korang boleh cuba. ^_^

1. Arang Kayu
Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak mencuba cara ini.

2. Lemon dan Garam
Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Sapukan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.

3. Kulit Limau
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.

Petua di atas mungkin ambil masa kalau nak betul-betul putih.Kalau rajin amalkan lah, insya allah boleh putih..nak seribu daya, tak nak seribu dalih..hehe..





10 comments:

Unknown said...

lps ni kite pakat2 tayang gg sape paling putih yer...hehe

Tengkubutang said...

baguss.. petua yg berguna ni.. hu2

sueomey's blog said...

@Harith Iskandar haha...kasi putih dulu,pastu bru boleh tayang..hihihi

sueomey's blog said...

@tenku butang kalau ade mslah kekuningan gg cubalah,insyallah membantu :)

Pretty Honey said...

nak try pakai kulit limau lah...^^

sueomey's blog said...

@Pretty Honey try jangan tak try..hihi

Tinta Lana said...

Salam sue :)

Sah2 yg pertama tu tak terbuat, mana nak cari arang kayu duk bandor ni,hehe. Lagipun, kurg selamat.

Paling relevan nak dipraktikkan, yg guna kulit limau..ehem,bleh bleh, bleh cuba :D

Unknown said...

thanks... petua ni berguna untuk putihkan gigi.. kalau gigi kuning nak senyum pun malu

sueomey's blog said...

@Tinta Lanawkslm ..haha..dolu dolu boleh la...tp yg duk kampung jelah..duk bndr mne nk dpt weyh...skrg org dh jarang nk gne petua2 ni..dyorg lebih percayakn produk2 terkini..betol x??

sueomey's blog said...

@AkuBlogger Mengiringbetol tu..macam iklan fazura..cela di muka boleh dilitupi,tapi gigi yang kuning xdapat diselindungi..hihihihi ;)

'uncle' nuffnang