You follow me I follow u back

tabung

Tuesday, June 4, 2013

Kuantan Century Ride 2013

sueomey's blog | 10:07 AM | 7Comments |
Assalamualaikum semua.. hmmm pejam celik pejam celik dah masuk bulan 6 dah kita ni.. tak lama lagi nak masuk bulan ramadhan al mubarak.. korang dah bersedia dah tuk menyambut bulan puasa ni?? yang tinggal puasa tu dah ganti belum?? haa cepat-cepat lah ye..jangan ditangguh-tangguh lagi *peringatan untuk diriku jua..  haha..

Entry kali ni bukanlah tuk bercerita tentang bulan puasa, belum lagi yang tu...hihi.. kali ni aku nak cerita pasal Kuantan Century Ride yang dilangsungkan pada ahad lalu,iaitu pada 2 jun 2013 yang dimulakan di UIAM Indera Mahkota Kuantan.. Haa korang jangan ingat aku ni peserta pulak..heyy tak kuasa aku nak ngayuh basikal sepanjang 160km.. Aku as a crew je mase tu..

Ha ha..tengok tu..Crew Kuantan Century Ride sedang berposing...yeehaa!























First time handle event yang besar macam ni..bukan malaysia je taw..foreigner pon ade.. dari Australia, Cina, German, but Korea aku tak sure ade ke tak..huhu..rasa macam tak dek.. hihi.. seramai 2000 peserta yang masuk..lelaki, perempuan, tua, muda semua ade...

Semasa mereka berlepas

Pack giler masa ni

aku respect la kat sorang budak kecik ni..umur dia bru 9 tahun, tapi boleh join event berbasikal ni..cukup cukup kuat stamina budak ni..aku tak sempat nak snap picture dia mase tu..sbb cepat sangat dia ambik makanan..pastu terus prgi, sbb lapar kot..kesian pulak..

Ni dia, Nasi Kukus Juna..makanan untuk smua crew dan rider semua


Haa mai dik abg kak mai ambik nasi kukus ni..free je tak payah bayar..hihihihi
Ni salah satu penaja tuk event ni..*sila abaikan kaki dibawah*

ni masa ketibaan riders..waa..semangat gler ktorang masa ni, bersorak sakan!





Ramai jugak peserta yang tak habiskan 160km tu..ade yang injured, ade yang jatuh..macam macam laa..Peserta yang last sampai hampir pukul 4.. respect jugak la walaupon lambat tapi still dapat habiskan kayuhan..

alhamdulillah majlis tamat pada pukul 5 petang...penat tu memang penat sampai demam aku ni..ni pon still selesema..pape pon, enjoy event ni.. :)

7 comments:

thomas said...

Wah!Ramainya yg join tapi 160km over sikit.

Nor Syazreen said...

160 km ? fuhh boleh tecabut lutut ni =='

Sop said...

meriah juga sambutan yer

sueomey's blog said...

@thomashaa agakla...haisyhh,ade yg smpai checkpoit pertama dh give up

sueomey's blog said...

@Nor Syazreen bkn stkt tercabut..berderai sudah..hikhikhik

sueomey's blog said...

@Sopalhamdulillah..sangat meriah.. ;)

Mizz Aiza said...

sedapnya nasi kukus tu.. gigih betul 160km..

'uncle' nuffnang